Followers

Saturday, September 4, 2010

Ramai yang tertipu, Tiruan atau Asli?

Sebagai seorang pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Senireka Logam Halus di bawah Fakulti Seni Lukis dan Senireka UiTM Shah Alam, saya terpanggil untuk berkongsi semua pengetahuan dan ilmu yang saya perolehi dalam bidang Gemmology. Apa itu Gemmology..? Gemmology adalah kajian yang mendalam mengenai gemstones/ batu permata. Seseorang yang pakar dalam bidang ini, di kenali sebagai Gemologist. Tahukah anda, kebanyakkan berlian/diamond yang palsu di jual sebagai berlian yang asli? dan dijual dengan harga yang sama dengan yang asli/natural diamond. Penipuan ini juga banyak berlaku pada batu delima/ Ruby. Sekiranya berlian palsu dijual dengan harga yang berpatutan, dan di beritahu akan kepalsuannya, ianya tidak salah, kerana bukan semua orang mampu untuk memiliki berlian yang sempurna.

bolehkah anda tentukan keaslian batu permata pada cincin ini?


Di Eropah, ramai golongan pertengahan membeli cincin berlian palsu/fake diamond ring untuk di jadikan cincin perkahwinan. Mereka memberi alasan, wang tidak seharusnya di belanjakan semata-mata untuk sebentuk cincin, ianya boleh digunakan untuk kegunaan lain seperti membeli kereta, atau rumah. Adakah perkara sebegini berlaku di Malaysia? atau Mungkinkah cincin perkahwinan anda pada 10 tahun yang lepas juga bukanlah permata yang asli? Tanpa penelitian yang mendalam, memang sukar untuk menetukan keaslian sesuatu batu permata/gemstones. Antara cara yang mudah dan penilaian secara kasar ialah, berlian asli/ natural diamond mempunyai satu sahaja pembiasan cahaya (Single Refraction/SR), sekiranya sesuatu berlian mempunyai pembiasan cahaya yang berganda ( Double Refraction), ianya bukannlah berlian yang asli. Satu pembiasan cahaya ( Single Refraction/SR) bermaksud, cahaya yang memasuki/menembusi berlian tersenut, akan dibias kepada satu arah sahaja, manakala pembiasan berganda   ( Double Refraction/DR) pula bermaksud cahaya yang memasuki/menembusi berlian tersebut akan terbias kepada dua arah. Walaubagaimanapun, kaedah ini memerlukan latihan dan pemahaman yang lebih terperinci untuk dipelajari. Terdapat banyak lagi kaedah dan cara-cara untuk mengenalpasti keaslian sesuatu berlian/diamond, antaranya ialah dengan menggunakan 10x zoom in Microscope untuk melihat kecacatan atau sifat-sifat semulajadi yang seharusnya ada pada berlian semulajadi/ natural diamond.

bolehkah anda mengenalpasti keaslian berlian ini?

Terlau banyak yang perlu di perkatakan tentang dunia gemmology ini, adakah anda tahu,berlian boleh di hasilkan hanya di dalam makmal? dan ianya boleh dijual dengan harga yang mahal, setanding dengan berlian semulajadi/natural diamond yang berkualiti tinggi kerana tidak ramai yang mengetahuinya... Antara permata/gemstones yang dihasilkan secara sintetik, dan menyamari atau menyerupai berlian ialah Cubic Zirconia dan Moissanite. Kaedah untuk melakukan penipuan oleh pejual barang kemas/jewellery seller, Cubic Zirconia akan di isyhtihar sebagai berlian semulajadi, dan dijual sama mahal atau hanya murah sedikit daripada harga berlian semula jadi. Percayalah atau tidak, Cubic Zirconia banyak di ikat/setting pada cincin dan pelbagai barang kemas yang lain dan di jual dengan harga yang murah (pada yang mengetahui) dan dengan harga yang mahal (pada yang tidak mahir/tidak mengetahui). Walau bagaimanapun, berlian/diamond boleh kelaskan / di gredkan mengikut kualiti, berlian yang berkualiti rendah, harganya akan lebih murah jika dibandingkan dengan Cubic Zirconia/Moissonite yang berkualiti tinggi. Secara keseluruhannya, kejujuran dalam perniagaan adalah sangat digalakkan, dan ilmu pengetahuan yang diperoleh harus di kongsi untuk kebaikkan bersama.

Referred  :
  • Prof. Zahari Zain lecture @ gemmology Class (Fine Metal department,FSSR,UiTM Shah Alam)
  • http://engagementrings.lovetoknow.com/wiki/Fake_Diamond_Rings
  • http://engagementrings.lovetoknow.com/wiki/How_to_Spot_a_Fake_Diamond
  • http://www.studydiscussions.com/career-as-a-gemmologist/
  • http://en.wikipedia.org/wiki/Diamond

No comments:

Post a Comment