![]() |
gambar sekadar hiasan |
Pada malam 31 ogos yg lepas, saya terpanggil untuk 'search' tentang Tunku Abdul Rahman, dan jumpa video clip interview YAB Tunku Abdul Rahman, pd thun 1988. Bila mendengar kata-kata Tunku pada masa itu, memang banyak sangat perubahan dalam politik Malaysia pada masa kini. Perpaduan antara kaum pada masa ini, tidak sekuat pada era Tunku. Perpaduan kaum pada masa kini, adalah idea dan tuntutan daripada perdana menteri, dengan moto, Satu Malaysia, dan bukannya atas kesedaran kita sendiri. Percaya atau tidak, sekiranya misi Satu Malaysia ini tidak dilancarkan, rakyat Malaysia tidak akan bersungguh-sungguh untuk membentuk perpaduan kaum di Malaysia. Di dalam temuramah YAB Tunku Abdul Rahman, beliau ada mendefinasikan kata-kata hikmah beliau pada 23 Januari 1971 di Hotel Merlin (Concorde-now), sewaktu Tunku menarik diri daripada UMNO, ianya penuh dengan makna tersirat ;
"Jaga-jagalah mereka, kerana mereka cuba menjaja lampu baru, untuk mendapatkan lampu lama yang ajaib itu dan dengan mencuri lampu lama yang ajaib itu mereka dapat menguasai Parti kita dan seterusnya memegang kuasa dalam negara Malaysia kita ini.."
![]() | |||
Tunku Abdul Rahman : Penarikan diri daripada UMNO pada tahun 23 januari 1971 di Hotel Merlin (Concorde-now) |
![]() |
Tunku Abdul Rahman, sewaktu di temuramah pada tahun 1988 |
Sedar atau tidak sedar, 'lampu lama yang ajaib' berada di tangan rakyat Malaysia. Terlalu banyak yang perlu di perkatakan mengenai perkara ini, adakah dengan menguasai pemikiran belia atau golongan remaja Malaysia, sesiapa sahaja boleh bercita-cita untuk memimpin negara ini?
Apakah pendapat anda..?
renung-renungkan dan fikir-fikirkanlah..
awat letak gambar bilik air ni..haha..seni la tu kunun ye.nice writing.
ReplyDeletetu kan rumah Malaysia.. kampung style.. hehe..~
ReplyDelete